Good Luck My Friend !

Ahlan Wassahlan semua ! Dah lama kan rasanya Ilia tak update blog.Hermm sibuk doe dengan homework,folio and macam-macam lagi la.Rindu kamoo blog.

Bila dah cakap pasal rindu  nie, Ilia da something nak share dengan korang  tentang feeling Ilia.Memang sedih giler ramai kawan-kawan Ilia yang pindah.Huwaa ye la 3 tahun sekolah sekali tapi sayang tahun nie diorang dah tak da lagi.

Antaranya Iman , Farah , Laili , Zulaikha , Ani , Syafina , Miela , Adibah depps...Perghh ape-ape pon Ilia ucapkan Good Luck untuk semua.Sama-sama la kita berjuang demi ilmu.








; Bye-bye My Friend , Good Luck !

Aku Rindu Sayang Kamoo <3 !!!!!!!!!!!

Sekolah sudaa ~

Hyep korang-korang semua ! Sudah 3 hari sekolah.Ilia nak citerkan macam mana feels first , second and third day  school.FORM 4 taw.

; First-Day-School

Mula-mula masuk sekolah memang rasa semangat.Ilia pergi sekolah dalam pukul 6.45 pagi.Awal..awal tak?
Ni pun sebab ayah Ilia kerja masuk pukul 7 so kena lah pergi awal !Hehe tapi tak tahu la first-day memang awal then hari seterusnya lewat ! Haha tak nak la cam tu,tetap Awal jugak.So awal-awal tu tak de la ramai orang lagi yang datang just ciket je.Seperti biasa tempat awal pagi dimeja KANTIN.Sumpah Ilia rindu suasana sekolah ! Pukul 7.20 loceng sekolah pun da berbunyi ~~ ''kring,kring ...kring !'' itu menandakan masuk waktu perhimpunan harian di tapak perhimpunan.Ilia tengok memang semua baju sekolah pelajar puteh berseri-seri.Hari pertama kot.Hahax tak kisah la ye.Bag,kasut semua baru.Kiranya sekolah bau kedai la ari pertama nie.Lepas tamat perhimpunan pelajar tingkatan 4 semua diminta masuk ke dewan.Ada taklimat disiplin n macam-macam lagi le.Then rehat suda~~ Lepas rehat masuk dewan dan ketika itu la badan Ilia menjadi gementar sangat-sangat macam nak ambik result tu.Sebernarnya nak tahu Ilia dikelas yang mana.ALHAMDULILLAH Ilia dapat kelas SAINS ! Bersyukur sangat-sangat ! Lepas tu ada la perlantikan jawatan kuasa untuk kelas.Ilia dilantik sebagai BENDAHARI kelas 4 sains ! hehe teringat masa form 1, Ilia jadi bendahari jugak bagi kelas 1 Iltizam.Kawan-kawan Ilia semua panggil ''AHLONG'' tapi sekarang form 4 i don't know la diorang nak panggil ape.Adakah diorang akan panggil kembali Ilia dengan gelaran ''AHLONG''? ermm...

; Second-Day-School

Second day school Ilia tetap awal jugak 6.45 pagi.So selepas tamat perhimpunan seperti biasa mauk kelas lar.Ha kelas Ilia dibangunan yag agak baru (baru 2 tahun) dan tersangat la tinggi dan dipanggil bangunan Putrajaya.Kelas Ilia ditingkat 4.Penat jugak la der ! Haha tapi exercise hari-hari baik untuk kesihatan.Tak gitu wahai kawan-kawan yang sama level dengan Ilia ahax.Dah masuk kelas dan belajar seperti biasa walaupun tak dapat lagi buku teks.Perghh mula-mula belajar ADD MATH la tak tahan.Otak dah blurr dah lama sangat tak belajar math tiba-tiba masuk ADD MATH pulak ! heh jadi ape la Ilia nie.Sungguh tak paham.Tapi dah lama-lama tu paham la jugak.Pastu masuk kelas KIMIA ! memang best giler.Suka KIMIA uww!!! Dah tiba waktu subjek ICT or LK.Memangdangkan sekolah Ilia tak de lagi cikgu LK so kami pun masuk la makmal komputer untuk ICT.Cikgu ICT memberi keterangan yang lanjut tentang ICT dan LK.Ini bermakna Ilia kena la pilih yang mana tepat untuk Ilia.Ilia pilih ICT untuk subjek elektif Ilia.Senang tak..tak? Ayah Ilia cakap dekat dunia nie tak da benda yang senang melainkan berusaha dan mencuba.Ye Ilia haruslah mencuba dan berusaha dalam subjek ICT and lain-lain lagi la.

; Third-Day-School

Hari Jumaat  selalu sekolah Ilia akan adakan Perhimpuan Majlis Bacaan Yassin di awal pagi.Lepas habis majlis tu kami semua masuk kelas.Pelajaran fizik pun bermula.Untung cikgu tak ajar lagi subjek Fizik but i really want to learn physics subject.Tapi pasnie cikgu ajar la..hehe excited nyer nak belajar fizik yoo..
Abez tu belajar bio pulak.Dah dapat da homework tapi , homework nie dalam group oke.''S0 buat sama-sama.Kerjasama dalam kumpulan Ilia amat diperlukan wahai kawan-kawan yang se-Group dengan Ilia.Harap paham oke.Tak buat kerja Ilia report terus dekat cikgu.So buat jangan tak buat !''
Amacam garang tak..?? herm tak kisah la garang ke tak yang penting buat kerja !

Nak citer apa lagi pasnie.Tarak dah kot citer...K tata titu tutup citer sudah~~

Mahu Pergi Sekolah

Wah..wah..tup..tap..tup..tap ! Dah nak sekolah pun bagi tahun 2012.Cuti 2 bulan lebih pun rasa seperti tak cukup je (ikhlas drpd hati Ilia).Habis tu mahu cuti berapa hari ?? ngee...Kalau cuti setahun pon bole ! habis la manusia kalau diberi cuti sampai setahun tanpa kerja atau pun belajar.Jadi ape la tu?erm..

0ke,kelmarin Ilia baru balik dari shopping dekat CS.Kali nie shopping barang sekolah Ilia pulak,haritu tak de mood because nak ambik result tapi kali nie dah lepas dapat result dan mahu sekolah da pun.Baru la datang mood Ilia tu.

Seperti biasa keperluan sekolah Ilia bagi 2012 ialah :
  --> Baju,tudung,kain sekolah (warna biru taw ! hati maseh ikhlas mahu menjadi pengawas pusat sumber )
  --> Kasut hitam
  --> Pencil box
  --> Stationery set
 
Just bag je Ilia tak beli baru.Sebab..sebab Ilia maseh sayangkan bag body glove Ilia yang tahun lepas.Still look oke ma ! Nanti kalau dah beg tu K,0  dah baru nak beli lain. Haha...tapi kalau ikutkan mak Ilia suruh beli yang baru beg body glove jugak warna pink ! gilerr siott..Tapi tak nak la mak..Beg Body Glove Ilia yang lama  macam style lagii..hehe.

# Setakat ini saja coretan Ilia kali nie..tak banyak kan..Just saje suka-suka untuk meluangkan masa yang kosong nie.

Azam Tahun 2012

Hallo salam 2012 ye semua !

Ini adalah CORETAN pertama bagi tahun 2012 ye..Memandangkan tahun baru nie saya nak citer pasal azam baru saya.

Antara azam - azam baru saya ialah :

# Nak makan banyak - banyak..Saya mahu gemuk !
# Belajar bersungguh - sungguh..Demi masa depan saya dan nak buat persediaan awal untuk SPM
   2013,INSYAALLAH !
# Tak nak tidur petang atau siang...Ini memang keja saya sepanjang tahun 2011.Tahun 2012 nie tak mo dah
    cam tu.
#  mahu jadi brutal ..ops ! ganas cikit-cikit bila saya dah gemuk ! hehe..
#  saving money.Mahu shopping giler-giler.Tahun 2011 duit saya banyak habis pada benda yang tak
    berfaedah..S0 tahun nie nak shopping benda yang berfaedah !
#  mahu lebih ceria !
#  mahu menjadi Pelajar Cemerlang
#  nak kurangkan FB but lebihkan Blog..
#  mahu jadi blogger yang terbaek la...seperti akak lyssa !
#  nak mencantikkan lagi bilik saya...hehe..













INSYAALLAH , saya harap tahun nie dapat menjalankan azam baru saya dengan sempurna.







The End 2011

Oke,mesti nak update jugak dihari akhir 2011 ,that means 31/12/2011 nie..

Herm the conclusions for this year is the year with full of challenge ! Yeah...tahun bagi budax PMR 2011..Haha tak gitu.Teramat buzy dengan tusyen,study hard (iye ke..ehek)..Tapi 2 bulan lebih dapat cuti daa.So next year saya dah jadi budax form 4.Wohoo ! ada yang cakap form 4 nie lagi lebih mencabar.0o0 ye ke.Arghh hope tahun depan saya dapat lebih rajin-rajin belajar dan selalu buat revision.

Every year saya akan kumpul akhbar-akhbar hujung tahun iaitu akhbar Utusan.Especially hujung tahun akan ada imbasan peristiwa-peristiwa bagi setiap tahun s0 untuk tahun nie saya tak lepaskan peluang untuk mengumpul akhbar lagi.Saya mula mengumpul akhbar-akhbar hujung tahun nie sejak tahun 2007.Ketika itu saya baru darjah 5.Alhamdulillah saya dapat kumpul sampai la ke tahun 2011 nie.

Saya berjanji selagi saya hidup saya akan kumpul akhbar-akhbar hujung tahun.








koleksi akhbar-akhbar hujung tahun

#  40 minit lagi saje akan masuk tahun baru 2012 ! GooDBye 2011 WelcoMe 2012 !






Alhamdulillah,akhirnya Malware dah diremove from my blog

Yehaaaa ! akhirnya virus yang bernama MALWARE sudah hilang dari blog saya.Syukurr sangat-sangat !
Perghh mula-mula buka blog pastu tengok blog saya dah tak boleh buka.Terkejut eden ! oh mak kau !
Pastu saya berusaha untuk menghilangkan virus tu dari blog saya.Ha dengan cara search dekat google bagaimana caranya nak remove MALWARE itu.Huh..

Dah tiba masa untuk saya kongsikan dekat korang cara-cara nak remove virus MALWARE :

# biasanya korang akan dapat virus ni dari blog orang lain macam saya from sape entah sudah tidak ingat lagi.
# so korang remove blog yang tersenarai bila anda dapat virus tu dari bloglist korang !
# lepas tu korang tengok ada lagi tak virus tu..

ok cara kedua ;

#kalau ada lagi korang pergi dekat DESIGN --> EDIT HTML --> TICK EXPAND WIDGET .
# tekan F3 cuba cari code yang ada < iframe >  or < script >
# and click save template
# ce ce tengok ada lagi tak virus jahanam tu..

ok ini cara yang sesuai untuk blog saya ;

# pergi dekat DESIGN --> EDIT HTML --> TICK EXPAND WIDGET.
#tekan F3 search code  <head/>
#ok korang replace kan code yang lama dengan yang baru nie
<!-- save your energy -->
<script language='javascript' src='http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js' type='text/javascript'></script>
<!-- save your energy end -->


# save template
#ha nie la cara yang pasti akan berkesan untuk blog anda kalau cara diatas semua nya tidak berksean untuk blog saya.

Saya Memang Penakut !

Hello World ! Sorry la saya tak update blog selalu sangat just ikut MOOD.Ada MOOD ada la entry terbaru saya yang akan saya update. Tajuk kali nie ialah SAYA MEMANG PENAKUT nak tawu takut ape ?  Especially dengan Binatang ! Entah kenapa saya tak suka binatang.I don;t know why??erm...

Nak ingat kembali peristiwa di sekolah yang berkaitan dengan binatang :::::

# Pada suatu hari seperti biasa la saya pergi sekolah awal-awal pagi dalam pukul 6.50.Awal ke tu..?? Ok tak pe tak kisah pun.S0 pagi-pagi seperti biasa undang-undang sekolah saya waktu pagi tak boleh masuk kelas kena perhimpunan dulu.So saya pun duduk la dekat kantin sekolah sambil-sambil tunggu loceng bunyi boleh la buat revison ke gossip ke ops ! Tapi selalu nya saya asyik breakfast je dekat kantin.Herm haritu saya makan sandwich 2 keping.Semuanya saya beli 3 keping.Dekat kantin sekolah saya ada seekor kucing.Saya nie memang takut dengan kucing or what else dengan binatang la.Saya dah makan sandwich tu dah 2 keping masuk yang ketiga sandwich terus kena gigit dengan kucing tu.Memang saya terkejut sangat-sangat-sangat la ! Perghhh saya nie dah la penakut kucing tiba-tiba pulak kucing terus naik atas kerusi kantin terus ambik sandwich saya tu dekat tangan saya.Nak tawu apa yang terjadi dekat saya ? Menangis ke saya? Mesti la tak.Marah ke saya?Marah pun tidak.Saya nie tak suka marah.Hahaha Saya Menjerit la terkejuttttt !!!
Nasib la time tu pelajar-pelajar tak ramai lagi.Hehe just ada kawan saya je.Fuhh memang terkejut.Kalau tahu kucing tu lapar dari awal-awal lagi saya kasi dia makan.Saya nie pulak tak tahu jenis kucing liar ke tak liar ke betina ke jantan ke lapar ke tak ke...Ape-ape satu pun saya tak tahu pasal kucing.

# Tapi saya tak boleh tengok kucing yang cacat.Selalu saya jumpa kucing.Tapi manusia tak pandai menjaga binatang.Baik tak payah bela kan? Kesian saya tengok kucing-kucing tu makan sisa-sisa makanan kita especially dekat kedai makan ke restoran ke.Hishhh memang kecian la saya tengok kucing macam tu.Memang manusia tu kejam !!!

# Nak tawu sebab apa saya takut dengan kucing? Sebab saya geli and selalu thinking negative yang kucing tu akan gigit saya.Aduhhh macam mana saya boleh jadi cam tu.Adakah saya pon kejam jugak ? Cer komen je la nanti erk.Tapi simpati saya dekat kucing or binatang memang ada didalam hati saya.Cuma saya tak sanggup nak pegang.Errrr..

# Dalam banyak-banyak binatang yang paling saya takut sekali ialah ULAR.Memang saya takut giler dan geli gila.Kalau saya pergi pameran mana-mana yang ada pertunjukkan ular mesti saya akan lari jauh-jauh.TAKUTT sangat ! Kalau pergi Zoo pun kalau saya lalu dekat sangkar ular mesti saya tak akan berhenti untuk tengok ular ape,jenis ape.Haha dasar penakutt kan saya nie.

Lagu nie memang sesuai untuk saya.Just kena ubah ciket-ciket bait lirik dalam lagu nie.


p/s : I'm NOT animal loving but I'm a PEOPLE LOVING ! <3 SARANGHAE !