'Coklat' vs 'Chocolate'

Apa khabar semua kepada insan yg sedang membaca blog ilia ni? Hope anda semua dalam keadaan sihat selalu.Ilia kan jarang-jarang update blog,so tiba-tiba malam ni ada mood untuk berblog,ehek. ^___^
Sudah tentu entry kali ini ialah tentang 'Chocolate' ini english version,in malay version 'Coklat'.Hehe.Tetiba malam ini teringat coklat kan,hurm apa kena entah..Truely,Ilia nak bagi tahu yang Ilia ni memang betul-betul fanatik dengan 'COKLAT'.Memang-memang suka sangat-sangat dengan 'COKLAT'.Pantang nampak 'COKLAT' mesti nak makan.Hahaha orang cakap makan 'COKLAT' boleh gemukkan badan,iye ke?I'm always eating chocolate but still same.Hurm kurus aje..Hurm...Sebenarnya ikut kesesuaian badan bagi seseorang manusia itu.kan? iye dok? Oke , jom kita baca sedikit sejarah 'COKLAT',Ilia terlebih rajin malam ni buat research about 'CHOCOLATE'.Pakcik Google terima kasih sebab membantu Ilia.hehe
   Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok“kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.Di awal abad ke-17, coklat menjadi minuman penyegar yang digemari di istana Sepanyol. Sepanjang abad itu, coklat tersebar antara kaum bangsawan Eropah, kemudian melalui proses yang adil yang menjadikan harganya menjadi murah, dan pada akhir abad itu menjadi minuman yang dinikmati oleh kelas pertengahan seperti pedagang. Kira-kira 100 tahun selepas kedatangan koko di Eropah, coklat amat terkenal di London hingga didirikan “rumah coklat” untuk menyimpan bahan persediaan dan penyediaan coklat (diilham dari rumah kopi). Rumah coklat pertama dibuka pada 1657.Semua coklat Eropah diambil sebagai minuman hinggalah pada 1847 apabila mula wujudnya coklat pejal. Orang Eropah membuang hampir semua rempah-rempah asal yang ditambahkan oleh orang Meso-Amerika, tetapi mengekalkan vanila. Mereka juga menggantikan dengan banyak ramuan lain untuk menyesuaikan coklat dengan selera mereka sendiri. Bermula dari resepi khusus yang memerlukan ambergris, zat warna keunguan berlilin yang di ambil dari usus ikan paus, hingga bahan lebih umum seperti kayu manisatau cengkih. Namun, yang paling sering ditambahkan adalah gula. Sebenarnya, coklat Meso-Amerika kelihatan tidak dibuat manis.Coklat Eropah pada awalnya disediakan dengan cara yang sama dengan yang digunakan suku Maya dan Aztek. Malah hingga kini, kaedah yang digunakan Meso-Amerika kuno masih dipertahankan, tetapi dalam mesin industri. Biji koko masih diperamkan, dikeringkan, dipanggang, dan digiling. Namun, beberapa teknik lebih rumit turut ditambah. Serbuk coklat diemulsikan dengan kaliumatau natrium karbonat agar lebih mudah bercampur dengan air (dutched, kaedah pengemulsian ditemui orang Belanda), lemaknya dikurangkan dengan membuang banyak lemak koko (defatted), digiling sebagai cairan dalam bekas khusus (conched), atau dicampur dengan susu sehingga menjadi coklat susu.

Ilia ada macam-macam favourite 'COKLAT' bagi Ilia semua 'COKLAT' adalah sedap,contohnya ialah Cadburry,Ferrero rocher,Tiramisu chocolate,KitKat,m&m,Kinder Bueno,Hershey's,Vochelle,Daim,Cappucino Chocolate,Nips,Toblerone,hah apa lagi ye..entah macam-macam la 'COKLAT' yang pernah Ilia rasa.Rasanya semua enak-enak dan melazatkan,Fuhh ayat diaa..ehehe..Tak percaya cuba la.Selain daripada 'COKLAT' je,apa benda makanan yg especially berkaitan dengan 'COKLAT' sure mesti Ilia makan,pastinya ada 'COKLAT' ! The most special is 'MOIST CHOCOLATE CAKE' fuh sedap tu..bak lagu Dr.Fazley 'Chocolate cake,Chocolate cake,Hanya sesuap coklat di bibir terukir,Aku terfikir-fikir'.Nasib la ada lagu tu,boleh jugak mempromosikan 'COKLAT'.Bangga Ilia.Hehe as a fanatic chocolate, ! 

Ini semua orang mesti dah rasa,SEDAP kan? kan? Iye memang sedap.Ewah..

Ni pun favourite Ilia juga sebab TIRAMISU,sedap sangat sebab tak muak.Marvellous.

Yang ni pasti terliur kan? haha sedapnya moist cake tu..hurmm sedapppp..


Tapi setiap sesuatu itu ada Advantages and Disadvantages nyer.So kita kenalah berhati-hati.Kesihatan juga perlu juga dijaga ye.Oke sampai di siniii saje , FULLSTOP. ^________^

No comments: