'Mahasiswi'


Hye..Hye...Selamat menjalani ibadah puasa bagi semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.Hah harini nak update sikit,cer citer cer citer....

Setelah hampir sebulan iLia hidup sebagai seorang mahasiswi eh sebagai seorang pelajar di Politeknik Seberang Perai.Perasaan macam-macam disini happy,sad,wonderful,excited.Hah dah macam status di fb pulak kan.Oke yang sedih because berpisah dengan parents itu je,hehe even poli ni didalam satu kawasan Penang jugak by the way perasaan tu still ingat rumah.Ini dinamakan 'HOMESICK' ! Tapi Alhamdulillah dapat poli yang dekat every week bole balik rumah tak pon parents yang datang melawat.Kihkih.

Dekat sini iLia ambik jurusan Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan.Means programming.Actually iLia memang suka IT tapi programming ni perghh.Nasib ada basic sikit-sikit masa SPM dulu-II.Btw kawan-kawan yang tak de basic tu jangan Give-Up! pulak.Kita study je nanti lama-lama paham la.Kita study sama-sama untuk paham.Semua nya iLia ada 6 subject :

- Introduction to Computer System
- Computer Organization
- Mathematics For Computing
- Pengajian Malaysia
- Problem Solving and Problem Design (programming)
- Communicative English

Bagi subject Mathematics For Computing ada jugak la belajar yang macam topik SPM.So adik-adik yang form 5 tu belajar biar la expert math supaya nanti bila berada di alam ni dah terer or tawu macam mana nak selesaikan soalan math.Belajar biar sampai paham and tak lupa formula-formula math.Kalau Pengajian Malaysia pulak belajar tentang sejarah and moral.Sejarah tu pon macam SPM jgk tapi lebih detail.Hah jangan lupa sejarah masa sekolah menengah ye adik-adik kerna ini amat penting di masa akan datang ye adik-adik.Yang lain tu semua tentang IT,sikit-sikit tu ada jugak yang campur dengan basic IT.Memang best la course ni.Bagi  yang berminat IT boleh la ambik course ni.

My classmates,... :D comel tak ? comel tak?




dengan roomate and friends..


Itu je yang iLia nak kongsikan.cukup kan? Ops before that ! Satu pesanan khidmat daripada iLia,cehh.. hehe

*Di bulan Ramadan yang penuh barakah ini , marilah kita sama-sama melakukan amal ibadat supaya kehidupan kita akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini.Puasa jangan tak puasa and jangan lupa pergi solat terawih ye.Rugi kalau kita tak berebut-rebut nak melakukan amal ibadat didalam bulan yang mulia ini.Setahun hanya sekali,semoga Allah panjangkan umur kita di tahun akan datang.

Hehe terasa nak tengok WorldCup pulak.Ouh tak de sape teman.Okep bye,..Selamat Malam..


'Coklat' vs 'Chocolate'

Apa khabar semua kepada insan yg sedang membaca blog ilia ni? Hope anda semua dalam keadaan sihat selalu.Ilia kan jarang-jarang update blog,so tiba-tiba malam ni ada mood untuk berblog,ehek. ^___^
Sudah tentu entry kali ini ialah tentang 'Chocolate' ini english version,in malay version 'Coklat'.Hehe.Tetiba malam ini teringat coklat kan,hurm apa kena entah..Truely,Ilia nak bagi tahu yang Ilia ni memang betul-betul fanatik dengan 'COKLAT'.Memang-memang suka sangat-sangat dengan 'COKLAT'.Pantang nampak 'COKLAT' mesti nak makan.Hahaha orang cakap makan 'COKLAT' boleh gemukkan badan,iye ke?I'm always eating chocolate but still same.Hurm kurus aje..Hurm...Sebenarnya ikut kesesuaian badan bagi seseorang manusia itu.kan? iye dok? Oke , jom kita baca sedikit sejarah 'COKLAT',Ilia terlebih rajin malam ni buat research about 'CHOCOLATE'.Pakcik Google terima kasih sebab membantu Ilia.hehe
   Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok“kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.Di awal abad ke-17, coklat menjadi minuman penyegar yang digemari di istana Sepanyol. Sepanjang abad itu, coklat tersebar antara kaum bangsawan Eropah, kemudian melalui proses yang adil yang menjadikan harganya menjadi murah, dan pada akhir abad itu menjadi minuman yang dinikmati oleh kelas pertengahan seperti pedagang. Kira-kira 100 tahun selepas kedatangan koko di Eropah, coklat amat terkenal di London hingga didirikan “rumah coklat” untuk menyimpan bahan persediaan dan penyediaan coklat (diilham dari rumah kopi). Rumah coklat pertama dibuka pada 1657.Semua coklat Eropah diambil sebagai minuman hinggalah pada 1847 apabila mula wujudnya coklat pejal. Orang Eropah membuang hampir semua rempah-rempah asal yang ditambahkan oleh orang Meso-Amerika, tetapi mengekalkan vanila. Mereka juga menggantikan dengan banyak ramuan lain untuk menyesuaikan coklat dengan selera mereka sendiri. Bermula dari resepi khusus yang memerlukan ambergris, zat warna keunguan berlilin yang di ambil dari usus ikan paus, hingga bahan lebih umum seperti kayu manisatau cengkih. Namun, yang paling sering ditambahkan adalah gula. Sebenarnya, coklat Meso-Amerika kelihatan tidak dibuat manis.Coklat Eropah pada awalnya disediakan dengan cara yang sama dengan yang digunakan suku Maya dan Aztek. Malah hingga kini, kaedah yang digunakan Meso-Amerika kuno masih dipertahankan, tetapi dalam mesin industri. Biji koko masih diperamkan, dikeringkan, dipanggang, dan digiling. Namun, beberapa teknik lebih rumit turut ditambah. Serbuk coklat diemulsikan dengan kaliumatau natrium karbonat agar lebih mudah bercampur dengan air (dutched, kaedah pengemulsian ditemui orang Belanda), lemaknya dikurangkan dengan membuang banyak lemak koko (defatted), digiling sebagai cairan dalam bekas khusus (conched), atau dicampur dengan susu sehingga menjadi coklat susu.

Ilia ada macam-macam favourite 'COKLAT' bagi Ilia semua 'COKLAT' adalah sedap,contohnya ialah Cadburry,Ferrero rocher,Tiramisu chocolate,KitKat,m&m,Kinder Bueno,Hershey's,Vochelle,Daim,Cappucino Chocolate,Nips,Toblerone,hah apa lagi ye..entah macam-macam la 'COKLAT' yang pernah Ilia rasa.Rasanya semua enak-enak dan melazatkan,Fuhh ayat diaa..ehehe..Tak percaya cuba la.Selain daripada 'COKLAT' je,apa benda makanan yg especially berkaitan dengan 'COKLAT' sure mesti Ilia makan,pastinya ada 'COKLAT' ! The most special is 'MOIST CHOCOLATE CAKE' fuh sedap tu..bak lagu Dr.Fazley 'Chocolate cake,Chocolate cake,Hanya sesuap coklat di bibir terukir,Aku terfikir-fikir'.Nasib la ada lagu tu,boleh jugak mempromosikan 'COKLAT'.Bangga Ilia.Hehe as a fanatic chocolate, ! 

Ini semua orang mesti dah rasa,SEDAP kan? kan? Iye memang sedap.Ewah..

Ni pun favourite Ilia juga sebab TIRAMISU,sedap sangat sebab tak muak.Marvellous.

Yang ni pasti terliur kan? haha sedapnya moist cake tu..hurmm sedapppp..


Tapi setiap sesuatu itu ada Advantages and Disadvantages nyer.So kita kenalah berhati-hati.Kesihatan juga perlu juga dijaga ye.Oke sampai di siniii saje , FULLSTOP. ^________^

Welcome 2014



Apa khabar semua ? sihat ? Alhamdulillah.Setelah beberapa hari Ilia bertungkus lumus untuk menceriakan blog Ilia yang tak berapa ceria sebelum ni.Nah ceria tak? hehe maaf la tak seceria seperti blog blogger yg cute miut yg lain..Tema blog Ilia untuk tahun ni bewarna MERAH JAMBU @ PINK .oke tak? senonimnya seorang gadis tak kan pernah lari dari warna pink. 

Memandangkan 2013 Ilia jarang update maybe tahun ni banyak la kot yg akan Ilia update coz y?coz SPM over ! yeahh..

Kalau cakap pasal 2013 , conclusion nya memang banyak suka duka yg Ilia alami di tahun 2013.Contohnya , accident,berpisah dgn kawan2,sekolah..Angah bertunang..haha banyak la yg Ilia nak share kt blog ni nanti.tapi pasal accident tu maybe nanti Ilia akan ceritakan bila waktu Ilia dah betul2 ready.apepon insyaallah.

2014 pula,maklumlah dah tak jadi seorang pelajar,means? jadi penganggur terhormat la dirumah ni.ahaha senang bahasa suri rumahtangga sepenuh masa.So boleh lah Ilia update blog itu ini,tapi bila dah buzy jadi macam tahun lepas la tak update langsung just update satu je untuk dapat tarikh dalam 2013.hahaha hebat Ilia kan? 

Ilia rasa tak terlewat untuk update pasal 2014,sebab harini baru 06/01/2014 masih awal lagi kan.ngee.Ilia je kata awal maybe orang lain itu sudah terlewat.Btw, Ilia tetap nak update jugak. *degil* hahaha

Kalau cakap 'tahun baru' , 'new year' , '2014' pasti banyak yang akan pasal AZAM betul tak? confirm la sebab tahun baru jadi mesti la tak nak jadi macam tahun lepas la,nak dapat apa yang tak dapat la,kan kan? hahaha tahun baru,hidup baru.Kalau sekolah mesti nak beg,baju,kasut,buku semuanya baru,right adik2 sekolah? haha

Tahun baru pastinya semua hidup orang nak bermula dengan perubahan atau permbaharuan dalam diri sendiri tapi janganlah dalam bulan pertama atau awal tahun je,akhir tahun entah apa-apa je.Oke pastikan azam kita tu biarlah sampai ke 31/12/2014 ni bole kan? insyaallah boleh, ! tekadkan diri kita tu betul-betul dan jangan sesekali buat benda yang kita buat sebelum ni yang dapat menurunkan semangat kita.

Oke , Ilia rasa cukuplah sampai di sini saja,kerna hati terasa nak main candy crush la..hehe..tak la sebab ada kerja lain yang seharusnya Ilia buat.Sekian.. :D



Alahai '2013 '

Assalammualaikum sayang sekalian semua , heee sihat ? kalau tak sihat tu pergi la jumpa doktor ye ,
setiap penyakit ada penawarnya , sakit hati pun ada jg penawarnya,Nak tawu ? banyak kan berzikir kpd Allah..insyaallah nanti hati kita juga akan tenang.. ( ayt pndahuluan sbelum melimpahnya idea,hehe abaikan)

A long time ago , memang-memang lama sangat-sangat Ilia tak update blog.(pergh ayt tu menunjukkn betapa lama x update).Sesungguhnya Ilia betul-betul pemalas , because fb always in my heart..heh..tak de la actually Ilia dh tinggal kat hostel , so xsempat dah nak update itu ini bagai semua ni..insyaallah after SPM i will continue my blog before i go to the PLKN..( cehh but ayt bi plak mentang-mentang la baru abez trial BI..ish2).Ilia last update blog pun setahun yang lalu.Herm , blog Ilia pun under a process.Dah tak comel macam dulu . ish2 perasan nya..nanti Ilia akan lebih kreatif lagi blog ni ye..sorry memang tak cantik dan tk bape kemas..erk..

So ape yang Ilia mintak dari u'oll semua doa-doakan la Ilia semoga dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti ye..
   '' Hah SPM budak ni'! , ceh memang la i'm SPM victims..so jangan buat aneh pulak ye ..ternyata Ilia memang kecil tapi umor makin berganjak..hermm i..Form 5 dah besor pun budak ni , haha dah jadi Senior pun kat sekolah..ceh 'senior ke? Ilia ni kalau tengok sama je dengan junior..hahah budak kechik ni..

oke bye semua...insyaallah kalau ada berkesempatan masa , ilia akan update lgi blog ni..(ayt bm pun dah lain bunyi , hermm kekok sebentar untuk update blog kali ni) ^________________^
with my lovely mummy..u are the best mom in the world.. :D

Braces ?? for me?..

Yayaya Yahoo!!! tersangat la seronok apabila seorang student cam Ilia nie dapat cuti seminggu.Alangkah bagus kalau dapat cuti se-BULAN,heh.

Seperti yang Ilia janjikan apabila cuti nanti Ilia akan selalu ber-Update blog.So baru harinie Ilia dapat update blog.Sorry la Ilia nie jenis mengikut MOOD.

Kalau nak tawu kan..kan hari nie sehari Ilia buat research tentang BRACES ! Apa tu braces ? Ala pendakap gigi tu, semua orang dah tawu pon saje buat-buat tanya (menyampah giler)..Erm terasa la jugak Ilia nak pakai braces tu tapi takut pulak jadi nya.Ge..gedik sangat nak pakai tapi takut pulak dah.Bagi Ilia la kan , jumpa dentist tak pe lagi tapi bila time nak pakai braces tu itu yang menakutkan.Hahaha.

Ni la Braces..semua orang tawu kan..


Sebenarnya kakak Ilia pon dah pakai braces since dia form 3 lagi.Tapi sekarang dia pakai retainer pulak. Mula-mula dia pakai tu memang la sakit just makan bubur nasi je.Tapi dalam seminggu je lama-lama dah oke n hati dia pon puas sebab dapat senyuman menawan.Kan...kan..?Ilia pon nak jugak senyuman yang be..gi..tu menawan. Tapi sebulan sekali kena jumpa pergi jumpa DR. untuk tukar ligature tu.Ha kan Ilia dah cakap Ilia takut bukan sekali pakai tapi every month kena tukar-tukar.Aduhh sekali tukar terasa la jugak sakitnya.Tapi apa-apa pon memang Ilia tabik springggg la dekat kakak Ilia nie sebab dia tak pernah merungut sakit malah dia cakap tak sakit pon dann..ciap promote dekat Ilia lagi.Adakalanya dia cakap ini fashion konon.Fashion menyakitkan kot.Tak sanggup Ilia.Alangkah indahnya kalau Ilia dapat pakai braces tanpa kesakitan.Caiit bohong la kalau Ilia pakai tanpa kesakitan kena gigit semua pon dah sakit.Hahaha

Ini bahagian-bahagian yang ada dekat braces.

Insyaallah suatu hari , suatu ketika , suatu masa ...Ilia akan pakai jugak braces nie.
See..my sis pakai braces.Jeles Ilia.

Ha tuu...tersenyum indah je.



Lastly , dengar-dengarkan la lagu ini.

Senyum Seindah Suria...




Smile always :) , Senyum itukan suatu sedekah !

My Favourite Song..

Night all ! oke , dengan tetiba nya terasa nak update blog pulak sambil mendengar lagu KOSONG by Najwa Latif.Itu yang membuatkan semangat nak update blog nie.Tapi memandangkan malam nie masa agak singkat.so terpaksa la update cikit je.

Nanti cuti Ilia update banyakk lagiii taw..taw.. (harap-harap cam tu la ) ;p

Sambil-sambil dengar lagu dekat blog Ilia nie bole la karok sekali..Ini liriknya !

Lirik lagu KOSONG by Najwa Latif 

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong 

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong



My picture !.....
Membuatku rasa  kosong...kosong..
[ S-I-N-G-L-E ]

Bye_ _ _ semuaa...sayang kamoo semua ! muahhh....

Layan mood Sedeh !

A long time ago , Ilia dah lama sangat tak update blog.Herm tapi entah kenapa harinie tetiba rasa ada mood untuk update blog nie maybe sambil dengar lagu dari blog Atyn nie kot semua lagu feeling sedeh je.Hati Ilia pun turut sedeh.Agak sedeh dengan kawan-kawan Ilia yang telah pergi meninggalkan SMK Paya Keladi.Hermm tak pe la sahabat Ilia akan sentiasa doakan yang terbaek buat korang semua.

Betul la  cakap my teacher  iaitu Pn Nora ,
   
 '' ORANG YANG MENINGGALKAN KITA TIDAK SEDIH ,  TETAPI ORANG YANG 
         DITINGGALKAN AKAN SEDIH ''


Amacam setuju tak...Ilia rasa ada betul nya jugak ye !

K tata titu jangan lupa tutup pintu..wewee haha Jangan Lupa Baca Buku !